Friday 18 March 2011

Cermin mata ( soo tak,126618)

                            Cermin mata adalah barang yang saya perlu gunakan pada setiap hari.
                       Salah satu sebab adalah mencegah rabun mata saya terus bertambah buruk,
                 tetapi sebab yang paling penting adalah untuk mencegah diri dari memalukan sendiri.

Saya masih ingat lagi perkara malu yang dilakukan oleh saya akibat tidak memakai cermin mata.
  Perkara itu berlaku pada 5 tahun lalu..................
          
                Saya telah ajak kawan untuk pergi makan KFC pada pukul 2 pm. Kami akan berkumpul di depan supermarket Billion kerana ingin beli barang dahulu sebelum pergi makan. Kami takut KFC akan penuh maka saya telah pergi ke sana untuk tempah meja dulu. Selepas mereka siap membeli belah, mereka pun datang ke KFC untuk cari saya. Dari jauh saya telah nampak mereka datang, pada masa inilah saya terfikir untuk menakutkan mereka. ( ^.^ ) ( hihi kerana masa itu masih bersikap kedudak-budakan)
        
                Apabila mereka sampai ke pintu KFC, saya dengan mengejutnya lompat keluar di depan mereka tetapi................( prekara yang malu telah mula berlaku ) ( #.# )"  Apa yang berlaku???? Semasa saya lompat keluar, barulah saya perasan rupa-rupanya mereka bukan kawan saya. ( ini bukan perkara yang paling malu lagi) (  ! . !  ) 
                Selepas tahu mereka bukan kawan saya, saya sendiri juga terkejut dan telah berundur dua langkah ke belakang .( haha.. sudah mahu sampai ke cerita kemuncak )  Semasa saya berundur, saya dengan tidak sengaja telah jatuh ke dalam longkang di depan KFC.( Depan KFC hanya ada satu lorong yang sempit dan tepi lorong ada satu longkang )
               Pada masa saya jatuh ke dalam longkang, kawan saya telah sampai di depan KFC. Mereka telah nampak keseluruhan kejadian yang berlaku.....( Malunya saya.......) ( @,@ )" Semua orang yang disekeliling juga menmandang ke arah saya, kawan saya pun tolong saya untuk naik dari longkang sambil ketawa. Nasib baik longkang itu adalah kering dan saya tidak alami sebarang cedera, selepas makan di KFC kami pun balik ke rumah.
              Semenjak dari hari itu, saya telah mula memakai cermin mata pada setiap hari supaya tidak akan berlakunya perkara yang memalukan lagi.....

No comments:

Post a Comment